LUKISAN ORTOGRAFIK


Pengenalan

Unjuran Ortografik adalah lukisan bagi membentuk sesuatu objek pada satah unjuran apabila garisan-garisan penglihatan dari mata pemerhati kepada objek adalah selari antara satu sama lain. Di dalam unjuran ortografik juga , objek sebenar tidak dapat dilihat dengan jelas kecuali pelukis yang mahir dalam teknikal sahaja yang dapat mengambarkan objek sebenar daripada unjuran ortografik. Unjuran ini juga boleh diertikan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis dengan menggunakan ukuran lebar dan tinggi atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Perkataan unjuran digunakan bagi menggambarkan kaedah lukisan ortografik yang dilukis. Sesuatu arah pandangan lukisan objek diunjurkan ke arah permukaan yang rata dan bersudut tepat. Oleh itu, lukisan yang dibina memerlukan imaginasi bagi memaparkan lukisan ortografik yang sebenar.Unjuran ortorgafik boleh ditunjukkan dalam unjuran sudut  pertama dan ketiga.

Definisi

Secara lebih tepat unjuran ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah-satah yang  biasanya bersudut tepat diantara satu dengan lain.

Unjuran Ortografik dilukis berdasarkan 3 konsep iaitu:-

         i.           Pandangan Hadapan

§         Dilukis dari pandangan ke arah objek yang lebih panjang dan tinggi.
§         Pandangan turut dilakukan pada satah unjuran dari objek.
§         Pemilihan arah ini juga mengambil kira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian – bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi.
§  

    ii.             Pandangan atas

§        Dilukis dari pandangan ke arah objek yang lebar dan panjang.
§        Dikenali juga pandangan pelan
§       Satah unjuran yang mengufuk di atas objek dan satu lagi pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut sebagai pandangan atas 

   iii.             Pandangan Sisi

§        Dilukis dari pandangan ke arah objek yang lebar dan tinggi.
§     Pandangan yang dilihat dari arah kanan objek.
§        Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi.
§
Satah Unjuran

Konsep Ortografik menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan

Objek (Benda yang dlukis)

Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Setiap Ob jek yang dilukis mempunyai ukurannya yang tertentu dan ukurannya mestilah tepat. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk  yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah berikut


No comments:

Post a Comment