KAEDAH MELUKIS
LUKISAN ISOMETRIK
Kami akan tunjukkan cara yang betul bagi melukis lukisan
isometrik,terdapat beberapa kaedah dan juga peraturan yang perlu dipatuhi. Hal
ini bertujuan untuk menyeragamkan hasil kerja yang dilukiskan disamping
memastikan lukisan dapat dihasilkan dengan kemas dan bermutu. Peraturan dan
langkah-langkah yang dimaksudkan ialah :
a.
Pemilihan paksi isometrik sama ada paksi lazim
terbalik atau mengufuk perlulah berdasarkan kepada kedudukan objek yang akan
dilukis iaitu dari arah atas, bawah, sisi atau sebagainya. kedudukan objek yang
dikehendaki dilukis pula perlu dipastikan supaya bersesuaian dengan ruangan di
kertas lukisan untuk memastikan ia mencukupi.
b.
Panjangkan garisan paksi isometrik yang telah
dilukis. Dengan merujuk kepada lukisan ortografik objek yang akan dilukis,
tandakan ukuran tinggi, lebar, dan panjang yang terbesar bagi objek tersebut di
atas garisan paksi isometrik.
c.
Cantumkan ukuran-ukuran yang telah ditandakan
dengan garisan lurus sehingga terbentuk kotak asas. Perlu diingatkan bahawa
garisan yang digunakan untuk membina kotak asas ini hanyalah garisan binaan.
d.
Lukiskan pandangan hadapan objek itu
bersumberkan unjuran ortografik pada bahagian hadapan kotak asas, pandangan
sisi pada bahagian tepi kotak dan pandangan pelan pada bahagian atas kotak.
Unjurkan semua garisan objek yang terdapat pada kotak asas tersebut ke bawah
dan ke dalam sehingga bercantum dan membentuk rupa objek yang dikehendaki.
e.
Kedudukan paksi isometric yang hendak digunakan
bergantung pada kedudukan asal lazim objek itu. Sebagai contohnya, objek yang
terletak tinggi akan dilihat dari arah bawah dan ini bererti paksi isometric
yang digunakan ialah paksi terbalik. Sementara objek yang berada di bawah paras
mata akan dilihat dari atas dan objek ini akan dilkuis dengan menggunakan paksi
lazim.
f.
Garisan tersembunyi tidak perlu dilukis dalam
lukisan isometrik kecuali sekiranya diperlukan untuk menjelaskan
bahagian-bahagian yang rumit yang tidak dapat ditunjukkan walaupun dengan
mengubah kedudukannya.
g.
Sudut atau ukuran panjang pada garisan tak
isometrik (garisan yang tidak selari dengan paksi isometrik) yang ditunjukkan
pada lukisan ortografik tidak boleh dipindahkan secara terus ke dalam lukisan
isometrik. Pemindahan ukuran panjang atau sudut tak isomterik ini perlu
dilakukan menggunakan kaedah offset atau
pemindahan secara keratan bersiri.
Contoh lukisan garisan tak isometric
(garisan atau permukaan serong)
i.
Lukiskan bongkah isometric bagi unjurn
ortografik di bawah
ii.
Lukisakan kotak isometric asas berpandukan
ukuran pada unjuran ortografik
iii.
Lukiskan imej unjuran ortografik pada permukaan
kotak asas
iv.
Unjurkan garisan imej pada kotak asas ke
bahagian tepi dan ke dalam sehingga ke permukaan yang dikehendaki diperolehi
v. Tebalkan garisan objek yang diperolehi
menarik!! terima kasih untuk maklumat ini!:)
ReplyDeleteOtak saya sudah meletup trimas
ReplyDeletebetul tu
Deletex faham
ReplyDeletetak faham 😨😨
ReplyDeleteTak faham hmm 😳
ReplyDelete